Untukmu Wahai Istriku…

Segala pujian bagi ALlah telah memberikan anugerah yaitu seorang isteri.
Yang memberikan perasaan tenteram dan nyaman di dalam hati.

Isteri …
Panggilan ini untuk dirimu wahai isteri.
Bermulanya dari ikatan sah yang menghancurlumat keinginan syaitan iblis yang ingin membawa engkau dan dia ke kancah penzinaan yang dimurkai Allah. Isteri …
Dialah yang membantu dalam urusan rumah tangga.
Yang mengemas rumah, membasuh pakaian.
Bukankah dia tempat engkau meluahkan perasaan apabila pusing.
Bila engkau dalam keadaan amarah – dia mendiamkan diri menelan bulat apa yang ditegur. Dan apabila suasana kembali aman, dia tetap tersenyum dan berkata dengan baik denganmu.

Isteri …
Dia mengingatkan apabila engkau terlupa.
Sesekali engkau bosan mendengar omelannya, tetapi itu untuk kebaikanmu jua.
Sebab tidak semua perkara engkau akan ingat segalanya.

Isteri …
Dia wasilah yang menyambung zuriatmu.
Membawa dalam rahimnya seorang anak dengan penuh sabar dan tabah walaupun payah. Bertarung dengan nyawa untuk melahirkan penyejuk mata, lalu engkau menyambutnya sebagai seorang ayah.

Isteri …
Dia tetap juga meneruskan tugasnya sebagai seorang isteri setiap hari. Air tangannya yang ikhlas, menjamukan lauk pauk dan duduk bersama-sama untuk si suami.

Isteri …
Bukankah dia yang selalu risau tentang dirimu?
Pasti ditanya khabar di mana engkau berada. Lalu apabila khabarnya dibalas dengan jawapan yang menyenangkan hati. Dia tersenyum lega.

Isteri …
Sabarlah menerima teman yang menjadi suamimu yang tidak lepas dari kekhilafan.
Yang berusaha menjadi suami yang baik untukmu.

Terima kasih wahai yang bernama ISTRI

Semoga syurgalah tempat tinggalmu nanti…

Silahkan SHARE ke rekan anda jika menurut anda note ini bermanfaat

Source : jarumemas
Shared By Catatan Catatan Islami Pages



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: